Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LINE Memperkenalkan Aplikasi Launcher Untuk Android – Membawakan Tema LINE Ke Peranti Anda

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang turut telah memperkenalkan beberapa aplikasi baru untuk Android akhir-akhir ini. Terkini, hari ini mereka turut melancarkan sebuah launcher untuk Android, dinamakan LINE Launcher.

LINE Launcher

LINE Launcher membolehkan pengguna mengubah paparan telefon anda, dan menggunakan ikon, latar serta elemen daripada watak-watak LINE ke peranti anda. Pengguna juga turut boleh elemen mengikut kegemaran anda, dan memuat-turun ikon, gambar latar, widget dan sebagainya untuk digunakan mengikut citarasa anda.

LINE mengatakan LINE Launcher menawarkan widget yang menarik untuk homescreen, berbeza dengan LINE DECO sebelum ini. Pengguna juga turut boleh mengurangkan penggunaan memori pada peranti dengan hanya satu tap, selain memudahkana dan membuat carian pada peranti dan web.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun LINE Launcher hari ini, sekaligus mengubah peranti anda kepada bertemakan LINE.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LINE Memperkenalkan Aplikasi Launcher Untuk Android – Membawakan Tema LINE Ke Peranti Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info