Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Jualan Apple Watch Dikemaskini – Kini Bermula RM1299

Apple Watch telah mula dijual di Malaysia sejak daripada awal Januari 2016 ini, dan tidak sampai tiga bulan sejak ia mula dijual secara rasminya, pihak Apple dilihat telah mengemaskini harga jualan, dan kini versi asas mula ditawarkan pada harga RM1299 – berbanding RM1599 ketika pengenalannya.

Kemaskini harga jualan ini diumumkan oleh Apple ketika pelancaran telefon pintar iPhone SE dan iPad Pro terbaru hari ini.

Apple Watch

Melalui kemaskini baru ini, Apple Watch Sport 38mm boleh didapati pada harga serendah RM1299, sementara Apple Watch Sport 42mm boleh didapati pada harga serendah RM1499. Seperti biasa, pengguna boleh memilih jenis tali jam yang berbeza atas keselesaan pengguna.

Apple Watch pula masih mengekalkan harga jualan sama, dimana versi 38mm dijual pada harga bermula RM2499, sementara versi 42mm pula dijual pada harga bermula RM2749.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Jualan Apple Watch Dikemaskini – Kini Bermula RM1299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info