Nubia Z17 Lite merupakan salah satu telefon pintar menarik yang ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia membawa tanda harga RM1699, tetapi kini untuk tempoh terhad, anda boleh mendapatkannya pada harga diskaun, iaitu hanya RM999.
Nubia Z17 Lite hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan resolusi 1080×1920 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 653, memori 6GB RAM dan storan 64GB.
Ia turut menggunakan dwi-kamera 13-megapixel dibelakang, dan kamera 16-megapixel hadapan untuk rakaman selfie. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3200mAh bersama dengannya.
Dengan penawaran pada harga RM999, ia sekaligus menjadikan Nubia Z17 Lite antara telefon pintar menarik dengan 6GB RAM pada harga kurang RM1,000. Bagi anda yang berminat, boleh membelinya hari ini daripada Shopee.
Beli : Nubia Z17 Lite
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nubia Z17 Lite Dengan 6GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999"