Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memperlihatkan Robot “Liam” Yang Boleh Asingkan Komponen iPhone Untuk Dikitar Semula

Apple ketika acara media mereka hari ini, telah serba ringkas menyentuh mengenai persekitaran, dan menekankan yang mana syarikat mereka memfokuskan kepada operasi yang lebih hijau dan turut menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui di 93% fasiliti mereka.

Apple Liam

Pada masa yang sama, Apple turut memperlihatkan sebuah robot ringkas daripada mereka yang berupaya untuk menanggalkan bahagian iPhone dan mengasingkannya untuk dikitar semula.

Dinamakan sebagai Liam, ia boleh mengenal-pasti sesuatu bahagian, dan mengasingkan ia mengikut kategori untuk dikitar semula.

Langkah ini dikatakan kaedah yang lebih baik untuk persekitaran, berbanding kebiasaan yang dikatakan tidak begitu mesra alam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperlihatkan Robot “Liam” Yang Boleh Asingkan Komponen iPhone Untuk Dikitar Semula"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info