Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pepijat Pada Asus Zenfone 2 Membuatkan Anda Kehilangan Ruangan Storan Untuk Digunakan

Zenfone 2 StoranKekurangan storan pada peranti Asus Zenfone 2? Mungkin bukan anda sahaja ada masalah berkenaan. Melalui forum Asus, ia dilihat sejumlah pengguna mempunyai masalah sama, dimana peranti mereka kehilangan ruangan storan ber-gigabyte, membuatkan mereka tidak boleh memasang aplikasi ataupun merakamkan gambar dan sebagainya.

Daripada semakan awal, ia dilihat disebabkan oleh fail log yang menyimpan log tanpa memadamnya pada peranti. Kebanyakkan peranti mempunyai fungsi yang lebih kurang sama, tetapi kebiasaannya fail berkenaan akan dipadamkan dan diganti dari semasa ke semasa. Buat masa ini, pengguna tidak boleh membuang fail berkenaan secara terus daripada peranti tanpa mempunyai akses root pada Zenfone mereka.

Melalui pertanyaan melalui ZenTalk, pihak Asus mengatakan akan mengatasi masalah ini melalui kemaskini firmware akan datang – yang mana masih tidak diketahui lagi bila akan dilakukan.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 2, adakah anda turut mengalami masalah yang lebih kurang sama dengan ruangan storan peranti anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pepijat Pada Asus Zenfone 2 Membuatkan Anda Kehilangan Ruangan Storan Untuk Digunakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info