Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Boleh Lipat Dengan Dwi Bicu Audio

Samsung, Apple, Oppo dan Huawei masing-masing mempunyai paten rekaan peranti dengan skrin boleh lipat. Samsung adalah yang paling awal memulakan pembangunan peranti yang diberikan kod nama Galaxy X. Terkini LG juga tidak mahu ketinggalan di belakang pesaing senegara mereka dan turut memfailkan paten mereka sendiri.

Paten peranti skrin lipat ini menarik kerana wujudnya dua bicu audio. Di dalam mod dwi-skrin, peranti boleh diletakkan di atas meja dan memaparkan video berbeza. Oleh itu dua orang pengguna boleh menonton video dan mendengar audio berbeza secara serentak.

Apabila dibuka, kedua-dua bahagian skrin bercantum menjadi seakan sebuah tablet. Turut dipatenkan ialah mod seakan komputer riba dimana skrin kedua berfungsi sebagai papan kekunci manakala skrin kedua memaparkan kandungan ditaip.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Boleh Lipat Dengan Dwi Bicu Audio"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info