Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BeMalas Kini Bukan Sekadar Perkhidmatan Pekerja Rencam – Turut Menawarkan Khidmat E-Dagang

BeMalas telah memulakan operasi mereka sejak daripada tahun lepas, dimana mereka menyediakan perkhidmatan pekerja rencam berasaskan SMS. Sejak daripadanya, mereka telah menerima suntikan dana daripada pelbagai pihak, malah turut telah hadir dengan perkhidmatan pekerja rencam yang premium.

BeMalas

Terkini, bergerak kehadapan, pihak BeMalas dilihat telah mengemaskini laman mereka menjadi laman e-dagang – membolehkan pengguna membuat tempahan beberapa produk terpilih daripada laman mereka. Namun, berbeza dengan perkhidmatan rencam mereka, ada penghantaran produk yang mengambil masa sehingga dua minggu untuk penghantaran.

Bercakap mengenainya, pihak BeMalas mengatakan mereka menawarkan perkhidmatan e-dagang ini disebabkan oleh terdapatnya sejumlah pengguna laman BeMalas yang membuat tempahan untuk produk-produk yang lebih kurang sama. Melalui penawaran laman e-dagang ini, ia membolehkan pengguna membuat tempahan produk yang diinginkan, dan pada masa yang sama jimat daripada kos yang perlu dibayar ketika melalui proses tempahan melalui pekerja rencam.

Menurut BeMalas, pengguna juga turut boleh membuat tempahan melalui laman e-dagang mereka, dan seterusnya meminta pekerja rencam untuk membuat perubahan – sebagai contoh bungkusan pakej penghantaran dan sebagainya.

Buat masa ini, terdapat beberapa ratus produk yang disenaraikan pada laman BeMalas, dan ia dijangka ditambah dari hari ke hari pada minggu-minggu akan datang.

Layari : BeMalas


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BeMalas Kini Bukan Sekadar Perkhidmatan Pekerja Rencam – Turut Menawarkan Khidmat E-Dagang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info