Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Diperkenalkan Dengan Kamera 12-megapixel

Bersama-sama pengumuman telefon pintar iPhone SE, pihak Apple turut memperkenalkan iPad Pro baru dengan saiz yang lebih kompak, iaitu dengan skrin 9.7-inci. Walaupun bersaiz sedikit kecil, ia masih mengekalkan penggunaan sokongan papan kekunci tambahan dan juga Apple Pencil.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple mengatakan pengenalan ini selari dengan saiz popular iPad, iaitu 9.7-inci. Dengan penggunaan nama Pro, beberapa ciri-ciri tambahan disertakan, termasuk pada paparannya yang kini lebih terang dan kurang memantulkan cahaya berbanding iPad Air. Disamping itu, Apple mengatakan ia hadir dengan teknologi True Tone Display untuk menawarkan warna paparan skrin yang selari dengan persekitaran pengguna.

iPad Pro 9.7-inci ini dijana dengan cip pemprosesan Apple A9X, dan pada bahagian kameranya, Apple menyertakan kamera 12-megapixel iSight sama seperti iPhone. Ia turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K, disamping membolehkan rakaman gambar Live Photos. Apple menekankan ia turut boleh digunakan untuk merakamkan pelbagai detik penting, disamping digunakan untuk merakamkan gambar dokumen dan digunakan dalam penggunaan AR.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Beberapa aksesori khusus ditawarkan untuknya selain daripada Apple Pencil, iaitu sebuah adapterUSB dan juga untuk penghujung kamera melalui Lightning.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro akan dijual di Amerika Syarikat bermula 31 Mac ini, dan akan hadir dalam variasi storan 32GB, 128GB dan 256GB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Diperkenalkan Dengan Kamera 12-megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info