Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi Pad – Kini Berharga RM699

Xiaomi merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih dan berhubung ke internet. Selain telefon pintar, mereka juga telah memperkenalkan tablet – yang dikenali sebagai Mi Pad. Ia telah dijual di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas pada harga RM799.

Xiaomi Mi Pad

Terkini, mereka mengemaskini harga jualan untuk Xiaomi Mi Pad, dimana ia kini membawakan harga jualan RM699 – murah RM100 berbanding sebelum ini.

Xiaomi Mi Pad merupakan tablet bersaiz 7.9-inci, dilengkapi cip NVIDIA Tegra K1, memori 2GB RAm, dan ruangan storan 16GB. Xiaomi menggunakan MIUI yang dioptimasikan khusus untuk skrin tablet melalui Mi Pad ini.

Dengan perubahan harga ini, pihak Xiaomi turut mengatakan sesiapa yang telah membeli Mi Pad antara 25 Ogos sehingga 31 Ogos, anda boleh menerima RM100 Mi Coupon yang boleh digunakan untuk membeli peranti lain di Mi.com.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi Pad – Kini Berharga RM699"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info