Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Convoy Wood Case – Cangkerang Kayu “Dwi-SIM” Untuk iPhone

Peranti dwi-SIM ialah perkara normal bagi pengguna peranti Android. Majoriti peranti Android yang dijual di pasaran sejak awal tahun ini mempunyai dua slot SIM. Ini memudahkan mereka yang mahukan SIM berbeza untuk panggilan telefon dan menggunakan data prabayar yang murah di Malaysia. Tetapi bagi pengguna iPhone mereka hanya boleh melihat kerana sehingga kini tidak wujud iPhone dengan dua SIM terbina.

convoy-wood-case-1

Convoy Wood Case ialah cangkerang iPhone 6 yang mempunyai slot khas untuk menyimpan SIM kedua. Ia diperbuat daripada kayu dan ruang simpanan SIM lengkap dengan alat pembuka talam SIM terletak pada bahagian bawah cangkerang. Tempat simpanan ini memudahkan pemilik iPhone untuk bertukar-tukar SIM mengikut keperluan. Tidak perlu risau Nano SIM hilang ataupun terpaksa mencari jarum peniti untuk membuka talam SIM. Kesemuanya tersimpan rapi dan selamat di dalam cangkerang. Cangkerang kayu ini dijual pada harga $60 sebuah.

convoy-wood-case-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Convoy Wood Case – Cangkerang Kayu “Dwi-SIM” Untuk iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info