Clixster Mobile merupakan salah satu syarikat rangkaian telekomunikasi berasaskan MVNO yang telah beroperasi beberapa tahun. Namun, mungkin persaingan sengit dalam arena telekomunikasi membuatkan mereka tidak dapat bersaing dengan aktif, dan kini mereka mengumumkan akan menamatkan talian Clixster.
Melalui perkongsian pada laman sosial rasmi mereka, Clixster mengatakn ia akan ditamatkan pada 2 September 2015 ini, dan pengguna perlulah menukatkan talian ke syarikat telekomunikasi lain sebelum tarikh tersebut.
Pengguna juga diminta untuk memastikan mempunyai tempoh sah kredit yang aktif sebelum melakukan penukaran. Walaubagaimanapun, pihak Clixster tidak berkongsi berkenaan apakah akan berlaku kepada kredit sedia ada yang terdapat pada akaun pengguna.
Kami telah cuba menghubungi pihak Clixster, tetapi ia gagal.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CLixster Mobile Menamatkan Perkhidmatan – Pengguna Diminta Bertukar Rangkaian Sebelum 2 September"