Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tarikh Pelancaran Rainbow Six Siege Ditangguh Ke Disember

Rainbow Six ialah novel di dalam dunia Ryanverse nukilan mendiang Tom Clancy yang sangat saya gemari. Setahun sekali saya akan membaca novel technothriller ini kerana terdapat beberapa ramalan masa hadapan yang ditulis Clancy menjadi realiti. Rainbow Six Siege ialah edisi terkini permainan yang berasaskan novel terkemuka ini. Pada asalnya ia sepatutnya mula dijual 13 Oktober hadapan tetapi Ubisoft mengumumkan ia akan ditangguh sehingga 1 Disember. Penangguhan dilakukan bagi memperbaiki lagi permainan sebelum dijual kepada pengguna selepas menerima maklum balas dari orang ramai yang mencuba demo permainan ini di Gamescon.

Rainbow Six Siege

Tindakan Ubisoft ini adalah baik kerana nama baik syarikat ini tercemar selepas masalah yang menimpa Assassin’s Creed Unity dan WatchDogs tahun lalu. Ini ditambah lagi dengan kemarahan pengguna PC apabila Batman Arkham Knight mempunyai masalah pepijat yang teruk selepas dilancarkan. Ubisoft tidak mahu pisang berbuah tiga kali dan selepas melihat betapa Warner Brothers Interactive dikutuk kerana masalah Arkham Knight, menangguhkan penjualan Rainbow Six Siege adalah langkah yang munasabah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Tarikh Pelancaran Rainbow Six Siege Ditangguh Ke Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info