Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Honor Band Zero

Pada awal bulan ini Huawei menerusi akaun twitter rasmi mereka telahpun memuatnaik satu gambar menunjukkan apa yang dikatakan sebagai Honor Band Zero. Honor Band Zero merupakan jam tangan pintar minimalis, malah tidak mempunyai sebarang butang. Jika di Mobile World Congress Barcelona pada bulan Mac yang lalu Huawei telahpun memperkenalkan Huawei Watch, di Shanghai kami berkesempatan untuk mencuba peranti Honor Band yang dipamerkan bersama Honor 7.

MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8938

Honor Band ini dilihat berbeza dengan Huawei Watch, membawakan rekaan yang tipis, ringan dan lebih anggun, serta tidak mempunyai saiz yang besar. Dari segi rekaan, ia membawakan tali silikon dengan badan yang mempunyai kemasan Brushed Aluminium. Ia bukanlah dijana oleh Android Wear, sebaliknya mempunyai sistemnya yang tersendiri. Di bahagian belakang peranti ini terdapat pin pengecasan serta nama Honor tertera pada badannya.

Dari segi spesifikasi, ia mempunyai paparan sfera sebesar 9mm, seberat 40 gram dan mempunyai bateri sebesar 70 mAh yang boleh bertahan sehingga empat hari pada sekali pengecasan. Peranti ini juga mempunyai spesifikasi ketahanan IP68, kalis air dan debu dengan perlindungan sehingga 10 meter kedalaman air. Paparannya pula adalah skrin sentuh OLED.

MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8922 MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8939 MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8944

Bagi menggunakan Honor Band Zero, pengguna perlu menekan serta melakukan gesture pada skrin peranti ini. Peranti ini menyokong platform iOS dan Android. Antara perkara yang boleh dilakukan termasuklah mengesan aktiviti kecergasan dan penggunaan kalori, memantau kualiti tidur, dan mengesan telefon yang keciciran. Bagi platform iOS, dua fungsi tambahan tersedia termasuklah mengambil gambar dan juga mengabaikan panggilan masuk (Mute).

Setelah mencubanya secara singkat, boleh dikatakan sekiranya anda mencari peranti jam tangan pintar yang boleh berkomunikasi pada dua platform dan memerlukan ketahanan IP 68 yang kalis air dan debu, Honor Band Zero mungkin menepati citarasa anda. Tambahan pula jika anda inginkan jam yang tipis dan tidak besar seperti jam tangan pintar yang lain. Namun perlu diingatkan oleh kerana jam tangan pintar ini tidak beroperasi pada platform yang dikembangkan (seperti Android Wear, Pebble OS), ia tidak boleh dibandingkan dengan jam tangan pintar pada kelas tersebut. Peranti ini juga hadir pada warna

MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8909 MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8930 MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8926 MWCS15- Huawei Honor Band -IMG_8932

Penggunaan jenama Honor pada jam tangan ini juga secara tidak langsung memberikan idea mungkin lebih banyak lagi peranti-boleh-pakai yang akan hadir untuk keluarga Honor. Jika dibawah jenama Huawei selain dari telefon pintar terdapat TalkBand dan Watch, mungkin tak lama lagi lebih banyak peranti-boleh-pakai akan hadir dibawah kelaurga Honor. Buat masa ini tiada sebarang harga diumumkan untuk peranti ini namun ia dijangka akan hadir ke pasaran pada bulan hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Honor Band Zero"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info