Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malwarebytes Anti-Malware Hadir Untuk Mac OS X Bagi Melindungi Pengguna Daripada Malware

Malwarebytes Anti-MacMac OS X merupakan sistem operasi kedua popular didunia selepas Windows, dan seperti semua sedia maklum, dengan angka pengguna yang tinggi, Mac OS X turut terdedah kepada angka malware yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Melalui Malwarebytes Anti-Malware 1.0 yang hadir ini, ia memfokuskan pelbagai jenis malware, terutamanya berbentuk adware. Pengguna persendirian boleh memuat-turunnya secara percuma, tetapi salah satu kekurangan yang hadir adalah ketiadaan perlindungan masa-nyata menggunakannya, sebaliknya memerlukan pengguna membuat imbasan secara manual.

Versi ini secara kasarnya boleh dikatakan berasaskan kepada AdwareMedic yang telah diambil-alih oleh Malwarebytes sebelum ini, dan versi ini dikatakan sebagai kemaskini untuknya, serta ditawarkan secara percuma kepada semua.

Jika anda merupakan pengguna OS X, anda boleh memuat-turun Malwarebytes Anti-Malware 1.0 secara percuma dan melindungi Macbook dan iMac anda daripada serangan malware.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malwarebytes Anti-Malware Hadir Untuk Mac OS X Bagi Melindungi Pengguna Daripada Malware"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info