Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ClashCon – Perhimpunan Pemain Clash of Clans Akan Diadakan Pada Oktober Depan

Dunia permainan mudah-alih kerap kali dikatakan sebagai permainan kasual ataupun tidak cukup serius, seperti permainan E-Sukan yang lain seperti DotA, Counter-Strike mempunyai perhimpunan malahan pertandingan bertaraf antarabangsa. SuperCell, pembangun permainan Clash of Clans akan mengadakan perhimpunan pemainan tersebut yang dinamakan ClashCon pada 24 Oktober 2015 di Helsinki, Finland sekaligus meraikan pemain malah mungkin akan menjadikan permainan ini lebih ‘serius’.

Bagi anda yang belum pernah bermain Clash of Clans, ia merupakan permainan tanpa penamat dimana pemain akan membina kampung halaman mereka dan bertanggungjawab untuk menjaga keamanan kampung tersebut dari diserang musuh yang juga merupakan pemain lain. Permainan strategi ini memerlukan perancangan yang rapi bagi membangunkan kampung serta menaiktaraf tahap perwira-perwira yang dimainkan. Malah, sewaktu menyerang kampung lain, pemain juga perlu mempunyai strategi yang teliti bagi memastikan serangan keatas kampung lain berjaya membawa pulangan yang tinggi.

Buat masa ini tiada sebarang aturcara diumumkan oleh Supercell dan penjualan tiket hanya akan dimulakan dalam masa lapan hari dari tarikh berita ini ditulis. Apa yang pasti acara perhimpunan ClashCon sebegini pastinya bakal menarik minat ramai pemain Clash of Clans dan mungkin akan diadakan perlawanan diantara puak secara berjemaah. Sama-sama kita nantikan lebih maklumat berkenaan acara ini pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ClashCon – Perhimpunan Pemain Clash of Clans Akan Diadakan Pada Oktober Depan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info