Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Visa Dan Maybank Memulakan Ujian Untuk Watch2Pay – Memudahkan Pembayaran Terus Melalui Jam Tangan

Visa dan Maybank hari ini mengumumkan yang mana mereka telah pun memulakan ujian dalaman untuk Watch2Pay, iaitu salah satu sistem pembayaran yang dilakukan menggunakan sebuah jam tangan dengan tap pada pembaca Visa payWave.


Langkah ujian ini sekaligus membawa sistem pembayaran tanpa wang ke setapak kehadapan lagi, selain memudahkan lagi sesuatu proses pembayaran. Memandangkan pengguna hanya perlu tap pada Visa payWave sedia ada, maka mungkin cara implementasinya agak mudah, dan hanya memerlukan pengguna mendapatkan sebuah jam tangan khusus untuknya sahaja.


Watch2Pay


Tidak banyak perkara yang dikongsikan berkenaan jam tangan khusus berkenaan. Melalui semakan daripada laman rasmi Watch2Pay, ia dilihat memerlukan pengguna memasukkan kad khusus ke dalam jam tersebut, sebelum dapat menggunakannya untuk pembayaran. Ia juga berfungsi sebagai sebuah kad yang boleh ditambah-nilai dan bukannya sebagai kad kredit. Mungkin jika ia diperkenalkan di Malaysia kelak, maka pihak Maybank dan Visa akan menyediakan sebuah pakej khas dalam mendapatkan jam tangan ini.


Buat masa ini, pihak Maybank dan Visa sekadar membuat ujian dalaman sahaja, dan tidak lagi diketahui bilakah ia akan dilancarkan untuk penggunaan umum.


Watch2Pay






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Visa Dan Maybank Memulakan Ujian Untuk Watch2Pay – Memudahkan Pembayaran Terus Melalui Jam Tangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info