Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Siri Yang Mampu Mengenali Suara Pemilik Sebelum Menerima Arahan

Terdapat pelbagai sistem biometri digunakan pada peranti pintar. Kini wujud imbasan mata,wajah dan cap jari. Kesemuanya mempunyai pro dan kontra. Di dalam kes imbasan wajah, sistem ini boleh dipintas menggunakan gambar statik. Apple nampaknya akan membangunkan sistem keselamatan yang mengenalpasti suara pengguna menerusi Siri.

Paten terbaru untuk Siri mengandungi sistem yang akan terlebih dahulu menganalisa suara pengguna dan memadankannya kepada pemilik peranti. Arahan suara dari pengguna yang tidak direkodkan tidak akan akan dipatuhi oleh Siri. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunapakai dalam masa terdekat. Tetapi sekiranya ia wujud pastinya kandungan peranti akan terasa lebih selamat dari diakses tanpa kebenaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Siri Yang Mampu Mengenali Suara Pemilik Sebelum Menerima Arahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info