Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Masalah Animasi Wajah Mass Effect Androma Akan Diselesaikan Dengan Patch 1.05 Minggu Ini

Mass Effect ialah siri RPG yang menerima banyak pujian dari pemain dan pengulas permainan video. Pengembaraan Commander Shepard dan krew Normandy meletakkan BioWare sebagai pembangun yang berkaliber di dalam genre RPG. Mass Effect Andromeda yang hadir sejak bulan lalu diharap akan meneruskan legasi ni. Tetapi sebaliknya berlaku dan Andromeda menerima kutukan kerana animasi wajah dan pergerakan watak yang kaku.

Pelbagai pepijat yang ditemui pemain memburukkan lagi reputasi Andromeda sekaligus meninggalkan kesan ke atas angka jualannya. Pihak BioWare mendengar rungutan dari pemain dan Patch 1.05 akan cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh dimuat turun bermula esok dan masalah animasi yang menjadi perbualan ramai diberikan kepentingan untuk diperbaiki. Untuk senarai lengkap penambahbaikan yang akan dilakukan sila ke pautan di bawah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masalah Animasi Wajah Mass Effect Androma Akan Diselesaikan Dengan Patch 1.05 Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info