Inbox merupakan salah satu aplikasi baru yang ditawarkan Google untuk pengguna GMail, dan akses untuknya diberikan dalam bentuk jemputan kepada para pengguna. Terkini, aplikasi yang pada awalnya ditawarkan untuk pengguna telefon pintar Android dan iPhone sahaja ini kini turut ditawarkan untuk pengguna iPad.
Pihak Google masih tidak mengumumkan sebarang kemaskini berkaitan perkara ini, tetapi aplikasi untuk iPad telah pun diterbitkan pada AppStore, membolehkan para pengguna iPad memuat-turun dan menggunakannya.
Berbeza dengan klien emel biasa, Inbox daripada Google ini menawarkan mesej dalam bentuk mudah dibaca, selain hanya memaparkan mesej-mesej penting sahaja melaluinya.
Namun, sebelum dapat menggunakan ia, pengguna akan memerlukan jemputan untuk akses kepada Inbox ini, atau jika telah mempunyainya, boleh terus log masuk dan menggunakan ia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Inbox Daripada Google Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna iPad"