Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Komputer Riba Lenovo Didapati Hadir Dengan Adware Terbina Yang Membawa Kepada Ancaman Sekuriti

Lenovo merupakan antara pengeluar komputer riba terkemuka, disamping sering hadir dengan rekaan yang unik dan menarik pehatian pengguna. Agak mengejutkan kini, apabila sebuah adware, dinamakan sebagai Superfish didapati hadir terpasang pada sejumlah komputer riba Lenovo yang dijual di pasaran.


Adware yang dinamakan Superfish ini dilihat memberikan kesan kepada penggunaan Internet Explorer dan juga Google Chrome, dimana ia memaparkan iklan daripada pihak ketiga pada web yang dilayari pengguna tanpa kebenaran.


Walaupun pada awalnya ia lebih kepada iklan, namun sejumlah pengguna melaporkan Superfish ini juga turut membuat sambungan “yang-dipercayai” tersendiri dalam membolehkan ia mengakses beberapa data yang pada asalnya dilindungi daripada di akses pihak ketiga – seperti laman perbankan dan sebagainya.


Sejumlah perisian antivirus sedia melabelkan Superfish sebagai adware dan meminta pengguna untuk membuangnya.


Pihak Lenovo mengatakan mereka telah menghentikan pemasangan perisian tersebut pada komputer buat masa ini. Bagi pengguna komputer riba Lenovo sedia ada, anda boleh memastikan sistem anda bebas, dan membuang adware ini sekiranya ia terdapat pada komputer riba anda.


Seperti biasa, jika Lenovo tidak memberikan kata putus kepada pengguna secepat mungkin, atau mengatasi perkara ini, tidak mustahil untuk melihat pengguna tidak memilih jenama Lenovo dalam pembelian komputer riba akan datang mereka.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Komputer Riba Lenovo Didapati Hadir Dengan Adware Terbina Yang Membawa Kepada Ancaman Sekuriti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info