Sembang Maniac

Sembang-sembang je

New York Ingin Menggubal Undang-Undang Menghalang Pekerja Dihubungi Di Luar Waktu Pejabat

Peranti pintar ialah serampang dua mata. Ia memudahkan akses kepada kerja ketika di luar pejabat tetapi turut menyebabkan kerja menerjah masuk ke dalam waktu peribadi. Masalah pekerja yang terpaksa menjawab mesej dan emel walaupun di luar pejabat kini sudah menjadi semakin serius. Oleh itu di New York sebuah undang-undang baru akan digubal bagi menghalang komunikasi kerja dilakukan di luar waktu pejabat.

Menerusi undang-undang ini majikan boleh didenda $250 untuk setiap kesalahan yang dilakukan. Pekerja tidak perlu dipaksa menjawab sebarang komunikasi elektronik seperti emel dan sms selepas waktu bekerja. Dengan undang-undang ini mereka tidak perlu risau dikenakan tindakan oleh majikan.

Sekiranya undang-undang ini diwartakan, New York akan mengikut langkah Perancis yang turut mengharamkan pekerja dihubungi menggunakan emel di luar waktu kerja,



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "New York Ingin Menggubal Undang-Undang Menghalang Pekerja Dihubungi Di Luar Waktu Pejabat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info