Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 2019

Dengan perkembangan arena internet, perkhidmatan penstriman telah menjadi salah satu fokus ramai pihak, terutamanya berkaitan dengan video. Sebelum ini, kita sedia melihat Netflix membelanjakan sejumlah wang dalam mendapatkan pelbagai rancangan secara eksklusif, selain daripada Youtube, Amazon dan juga Facebook.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Apple turut akan melakukan perkara sama, dan dijangka melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka pada 2019 kelak.

Buat masa ini, Apple mempunyai penawaran Apple Music yang ditawarkan bukan sahaja untuk peranti Apple, tetapi turut menyokong Android. Berkemungkinan kita akan dapat melihat hal sama untuk perkhidmatan penstriman video ini kelak.

Untuk tujuan berkenaan, Apple dikatakan telah mula mendapatkan hak untuk pelbagai rancangan dan siri-TV yang serba baru untuk ditawarkan oleh platform mereka. Buat masa ini, ia dikatakan Apple telah mendapatkan sebanyak 12 siri-TV untuk diterbitkan dibawah platform mereka.

Dengan perkembangan ini, kita mungkin akan dapat melihat persaingan sengit dalam arena penstriman video, termasuk daripada syarikat tempatan, iFlix sendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 2019"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info