Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tablet Pertama Menggunakan Chrome OS Dilancarkan Daripada Acer

Google dan Acer hari ini membuat kejutan, dan telah pun melancarkan sebuah tablet pertama yang menjalankan sistem operasi Chrome OS. Untuk makluman, sebelum ini sistem operasi berasaskan kepada pelayar web berkenaan telah pun dilancarkan untuk komputer, komputer riba dan sebagainya.

Chrome OS Tablet

Dinamakan sebagai Acer Chromebook Tab 10, ia hadir dengan skrin 9.7-inci dengan resolusi 2048×1526 pixel, dilengkapi cip OP1, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Acer dan Google dilihat lebih menyasarkan arena pendidikan melalui tablet berkos rendah ini. Ia turut hadir dengan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam, sokongan bicu-audio, serta port USB-C untuk pengecasan.

Acer Chromebook Tab 10

Acer turut menyertakan sokongan stylus pada tablet Chrome OS ini untuk memudahkan input. Ia hadir dengan stylus Wacom EMR secara terbina, dan tidak perlu dicas.

Tablet Chrome OS ini turut hadir dengan sokongan Google Play Store untuk memudahkan anda memuat-turun aplikasi dan kandungan tambahan melaluinya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Acer dan Google akan memasarkannya untuk pasaran tempatan. Untuk arena pendidikan, memandangkan terdapat sejumlah sekolah yang menggunakan komputer riba berasaskan Chrome OS, maka penggunaan tablet dengan sokongan yang lebih kurang sama mungkin memudahkan adaptasi oleh para guru dan pelajar berbanding beralih ke sistem lain.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tablet Pertama Menggunakan Chrome OS Dilancarkan Daripada Acer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info