Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum peranti Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL dilancarkan secara rasmi. Hari ini spesifikasi lengkap kedua-dua peranti ini tertiris ke arena web.
Menurut laporan Android Autority, Google Pixel 2 akan dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh AMOLED, pemproses Snapdrgon 835 dan storan 64/128 GB. Kamera hadapan dan belakang sebesar 12-Megapixel dengan sokongan OIS dan EIS. Bateri pula sebesar 2700 mAh. Peranti akan mempunyai rekaan hampir semua skrin dengan nisbah skrin kepada tubuh mencecah 85%. Tahun ini peranti Pixel kalis air IP67, pembesar suara stereo dan sistem Active Edge.
Google Pixel 2 XL pula akan dilengkapi skrin 6″ QHD penuh P-OLED, pemproses Snapdrgon 835 dan storan 64/128 GB. Kamera hadapan dan belakang sebesar 12-Megapixel dengan sokongan OIS dan EIS. Bateri pula sebesar 3530 mAh. Peranti akan mempunyai rekaan hampir semua skrin dengan nisbah skrin kepada tubuh mencecah 85%. Seperti Pixe 2, Pixel 2 XL kalis air IP67, pembesar suara stereo dan sistem Active Edge.
Menarik sekali kedua-dua peranti ini dipercayai menggunakan sistem e-SIM. Tidak diketahui bagaimanakah peranti akan dijual di negara yang tidak menyokong e-SIM. Akhir sekali seperti tahun lalu, kedua-dua Pixel 2 tidak akan mempunyai bicu audio 3.5mm
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi Google Pixel 2 Dan Pixel 2 XL Tertiris"