Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera iPhone 6 Plus Anda Bermasalah? – Apple Menawarkan Baik Pulih Secara Percuma

Apple hari ini mengesahkan sebahagian kecil iPhone 6 Plus yang dikeluarkan di antara September 2104 dan Januari 2015 mengalami masalah kamera. Masalah yang dialami ialah pengambilan gambar yang kabur. Menyedari hakikat ini, Apple akan menawarkan baik pulih kamera peranti yang bermasalah secara percuma. Mereka akan menggantikan kamera iSight yang terjejas dan bukannya memberikan peranti baru.Kepada pengguna iPhone 6 Plus anda boleh menyemak sama ada peranti anda layak menerima baik pulih melalui laman khas. Anda hanya perlu memasukkan nombor siri peranti anda pada pautan yang diberikan di bawah.

Apple iPhone 6

Kepada yang kurang pasti, nombor siri peranti boleh dijumpai pada skrin tetapan. Masuk sahaja skrin Setting > General > About dan nombor siri akan tertera di bahagian bawah. Tindakan Apple memberikan komponen gantian secara percuma ini adalah tindakan yang bagus dan meningkatkan tahap kepuas hatian pengguna. Ini adalah sebab mengapa ramai sanggup berbayar lebih untuk memiliki peranti mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kamera iPhone 6 Plus Anda Bermasalah? – Apple Menawarkan Baik Pulih Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info