Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Patch Pertama Batman Arkham Knight PC Akan Hadir Dalam Masa Dua Minggu

Batman-Arkham-City

Batman Arkham Knight versi PC adalah bermasalah dengan pepijat yang membuatkan permainan berjalan dengan perlahan walaupun anda peminta PC berkuasa tinggi. Permainan ini ditarik penjualannya kerana pihak Warner Brothers Interactive malu dengan maklum balas negatif serta ulasan buruk dari pengguna PC yang membeli permainan ini. Selepas beberapa bulan menunggu akhirnya muncul pengumuman yang mengatakan patch pertama yang memperbaiki beberapa masalah besar akan boleh dimuat turun dalam masa dua minggu. Ia kini sedang diuji untuk memastikan ia benar-benar berfungsi seperti yang diuar-uarkan.

Antara perkara yang dibaiki menerusi patch ini ialah;

  • Pengurangan masalah frame rate yang rendah
  • Optimasi sistem RAM dan penggunaan VRAM
  • Penambahbaikan kemampuan pada beberapa GPU
  • Sokongan untuk GPU Radeon HD 7870 2GB (Yang merupakan GPU spesifikasi paling minimum.
  • Penambahbaikan kelancaran permainan bagi pengguna pemacu mekanikal HDD.

Penambahan fungsi tetapan berikut turut diberikan;

  • Tetapan kawalan FPAS maksimum 30/60/90
  • Tetapan untuk Motion Blur, Chromatic Aberration dan Film Grain
  • Tetapan “High” untuk resolusi tekstur
  • Tetapan untuk Texture Filtering
  • Sokongan Adaptive V-Sync (NVIDIA sahaja)
  • Meter penggunaan VRAM
  • Tetapan untuk kejituan tetikus dan Mouse Smoothing

Pada awalnya patch ini dijanjikan akan hadir bulan ini tetapi nampaknya ia akan tiba hanya pada bulan September. Pihak WB juga berkata pada waktu yang sama mereka akan menghasilkan sebuah lagi patch dalam masa terdekat yang membawakan fungsi Photo Mode.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Patch Pertama Batman Arkham Knight PC Akan Hadir Dalam Masa Dua Minggu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info