Di kalangan gamer wujud dua kem. Peminat tegar konsol dan bangsa terpilih PC. Kedua-dua golongan ini sering bertengkar dan mendakwa platform pilihan mereka adalah yang terbaik untuk bermain permainan komputer. Tetapi di dalam golongan pengguna PC wujud dua lagi subset iaitu pengguna kad grafik Nvidia dan AMD. Peperangan mulut di antara peminat kad grafik berbeza ini sudah berlarutan berdekad lamanya dan sejak AMD masih lagi dikenali ATI. Pada awalnya persaingan adalah hampir sekata dengan Nvidia menjadi pilihan pemain PC berada dan ATI digunakan oleh mereka yang mahukan kad grafik pada harga lebih mampu milik.
Laporan terkini dari Mercury Research menunjukkan pegangan pasaran Nvidia kini adalah hampir sepenuhnya dengan 82%. Baki 18% pasaran dipegang oleh AMD dengan pesaing lain seperti Matrox dan S3 kini pupus. Ini adalah penurunan yang mendadak berbanding tahun lalu di mana mereka memegang 38% pasaran. Sungguhpun pegangan Nvidia meningkat, ini masih bukan berita baik bagi mereka. Jualan kad grafik (bukan terbina) menjunam sebanyak 21% pada suku kedua 2015 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Nvidia mungkin juara jualan kad grafik bukan terbina tetapi jika kesemua kad grafik diambil kira, Intel adalah juara sebenar dengan pegangan 70.1% diikuti Nvidia (15.7%) dan AMD (14.0%). Kami adalah pengguna tegar Nvidia sejak GeForce 4 MX440. Sebab kenapa kami memilih Nvidia adalah kerana sokongan driver yang lebih baik serta stabil. Kebanyakan permainan PC juga dilabel dengan slogan “Nvidia The Way It’s Meant To Be Played”. Kali terakhir kami membeli kad grafik AMD adalah pada tahun 2003 dengan Radeon 9600 XT. Bagaimana pula dengan anda? Anda kem Hijau ataupun kem Merah?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nvidia Kini Menguasai 82% Pasaran Kad Grafik PC"