Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan oleh Malaysia Global Innovation & Creativity Centre dalam memupuk ilmu berkaitan dengan startup. Salah satunya program MaGIC Academy yang telahpun diadakan tahun lepas membawakan acara selama beberapa hari dengan topik berlainan. Tahun ini mereka akan mengadakan acara tersebut buat kali kedua pada 9 hingga 12 September ini.
Acara selama 4 hari ini seperti tahun lepas berlangsung dengan tema yang berbeza setiap hari namun dibahagikan kepada tiga kumpulan sasaran dimana seminar pada bilik-bilik ini berjalan serentak. Hadirin boleh memilih berdasarkan pengalaman mereka, sama ada untuk menyertai seminar yang memfokuskan kepada mereka yang sudah mempunyai pengalaman (Existing Entrepreneurs – Malaysia Room), atau baru ingi memulakan startup (Aspiring Entrepreneurs – Indonesia Room) atau bagi mereka yang ingin bergiat dalam arena keusahawanan sosial ( Social Entrepreneurs – D Lab). Slot diskusi juga akan berlangsung di Auditorium MaGIC, serta sekiranya anda lebih mahukan sesi khidmat nasihat perseorangan, terdapat Clinic yang berlangsung dengan fokus berbeza, justeru sekitar 5 acara berlangsung secara serentak.
9 September: Hari Berkenaan Model Bisnes & Pembangunan Produk (Masuk Berbayar)
Pada hari pertama acara ini diadakan, ia akan membawakan perkongsian mengenai pembangunan produk dan model bisnes. Perkongsian seperti tips membina ‘Wireframing User Flow’ untuk pengguna aplikasi mudah alih, cara mencipta bisnes yang boleh berkembang untuk usahawan sosial dan pelbagai lagi. Malah Nadhir Ashafiq dari The Lorry akan turut berkongsi bagaimana beliau memulakan The Lorry.
10 September: Hari Berkenaan Pemasaran & Operasi (Masuk Berbayar)
Jika anda ingin mendalami lebih ilmu berkenaan pemasaran dan operasi, seminar dan bengkel pada hari kedua lebih sesuai untuk anda. Terdapat bengkel seperti bagaimana menganalisia Google Analytics – Tracking Events, dan CEO MaGIC sendiri iaitu Cheryl Yeoh akan berkongsi mengenai aspek yang perlu dikira dalam membangunkan startup anda.
11 September: Hari Berkenaan Dana Kewangan (Masuk Berbayar)
Sekiranya proses pendanaan merupakan sesuatu yang mencabar bagi anda dan memerlukan lebih banyak ilmu, perkongsian dan bengkel pada hari ketiga ini bakal memenuhi keperluan anda. Acara utama pada hari tersebut ini juga akan berkongsi mengenai cara komunikasi yang efektif dalam mendapatkan pelaburan dan memasarkan produk. Anda juga boleh belajar strategi pendanaan yang sesuai bagi startup anda, serta di akhir acara ini akan terdapat acara Pitching seperti tahun lepas.
12 September: Karnival Kerjaya MaGIC Academy (Masuk Percuma)
Hari terakhir MaGIC Academy ini dilengkapkan dengan perkongsian yang menekankan pembangunan pasukan startup dan disudahi dengan karnival kerjaya yang bakal membawakan lebih dari 90 startup. Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam startup, bawa maklumat berkaitannya dan anda juga boleh mengenali startup tersebut dengan lebih dekat.
Harga tiket masuk untuk acara MaGIC Academy ini ialah RM 100 untuk satu hari dan terbahagi kepada dua, iaitu Entrepreneurship Track dan juga Social Enterprise Track pada harga yang sama. Bagi acara pada hari terakhir, kemasukan adalah percuma. Tiket ini dijual pada harga diskaun RM 50 setiap satu namun anda haruslah menggunakan kod ‘MA2015ROCKS’ dan perlu membelinya sebelum 23 Ogos 2015.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sertai MaGIC Academy Pada 9-12 September Ini"