Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dijangka Memperkenalkan Galaxy X Pada 2017 – Telefon Pintar Yang Boleh Dilipat

Samsung pada tahun 2017 kelak dijangka memperkenalkan sehingga lima peranti utama, iaitu Galaxy S8, Galaxy S8 Edge, Galaxy Note 7, Galaxy Note 7 Edge dan juga sebuah lagi peranti keluarga baru, iaitu Galaxy X.

Galaxy X ini dikatakan akan membawakan rekaan skrin yang boleh dilipat. Ini bermakna, ia mungkin membawakan skrin bersaiz seumpama sebuah tablet, tetapi boleh dilipat menjadikan ia sebuah telefon pintar dan memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

Desas-desus mengenai perkara ini telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas, malah Samsung turut telah menerima beberapa paten berkaitan dengannya.

Mengikut laporan terkini, Samsung dikatakan mungkin memperkenalkan ia seawal 2017 kelak dibawah nama Galaxy X. Mungkin dengan arena peranti mudah-alih yang semakin kurang inovasi kini, Galaxy X bakal menarik semula minat ramai dan membawakan lebih banyak perkara baru melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dijangka Memperkenalkan Galaxy X Pada 2017 – Telefon Pintar Yang Boleh Dilipat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info