Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rasmi : Verizon Membeli Yahoo! Pada Harga RM19.6 Bilion

Hari ini, Verizon secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih pelbagai aset internet Yahoo! – termasuk perniagaan pengiklanan, kandungan, carian dan juga berkaitan dengan platform mudah-alih pada nilai $4.83 bilion (~sekitar RM19.6 bilion).

Pengambil-alihan Yahoo! oleh Verizon ini dilihat akan memposisikan Verizon sebagai salah satu syarikat media global terkemuka, sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan melalui pengiklanan digital.

Yahoo! dibawah Verizon ini dilihat akan diintegrasikan bersama-sama AOL, sekaligus menjadikan ia salah satu syarikat subsdiari media dan pengiklanan yang besar. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Marissa Mayer akan kekal mengetuai Yahoo ataupun sebaliknya.

Pengambil-alihan Yahoo! ini tidak menyertakan beberapa aset, termasuk antaranya adalah pelaburan dalam Alibaba dan juga Yahoo! Japan. Portfolio paten yang dimiliki oleh Yahoo! juga tidak disertakan dibawah pengambil-alihan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : Verizon Membeli Yahoo! Pada Harga RM19.6 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info