Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Melepasi Pengesahan Sirim

Samsung akan melancarkan Galaxy S9 secara rasminya pada awal minggu hadapan bersempena dengan Mobile World Congress 2018. Menariknya, peranti Galaxy S9 ini telah pun melepasi pengesahan Sirim, sekaligus memperlihatkan ia akan dipasarkan di Malaysia seawal mungkin.

Dua model telah melepasi pengesahan Sirim iaitu SM-G960F dan juga SM-G965F – dimana kedua-duanya dijangka adalah Galaxy S9 dan juga Galaxy S9 Plus.

Galaxy S9 Sirim

Samsung dijangka akan menawarkan rekaan nirbingkai melalui telefon pintar baru ini, selain dilengkapi teknologi kamera terbaru dengan sokongan rakaman gerak perlahan. Samsung turut dijangka menyertakan sokongan rakaman Emoji 3D melaluinya, serta melengkapkan ia dengan beberapa ciri-ciri baru yang menarik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Galaxy S9 dan info lanjut mengenai telefon pintar baru ini dan penawaran ia untuk pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Melepasi Pengesahan Sirim"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info