Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Memperkenalkan Mi Pen – Sebuah Pena Biasa Tanpa Ciri Pintar

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran dibawah mereka, daripada telefon pintar, robot, kenderaan, periuk nasi sehinggalah paling terkini, sebuah pen yang dinamakan sebagai Mi Pen.

Xiaomi Mi Pen

Berbeza dengan pelbagai produk lain, Mi Pen merupakan pena biasa tanpa sebarang ciri-ciri berhubung dengan internet. Mi Pen berharga 19 Yuan (~sekitar RM11), dan hadir dengan kebolehan untuk menggantikan dakwat. Mi Pen membawakan mata pena 0.5mm, dan pen tersebut sendiri membawakan diameter 9.5mm. Seperti biasa, Xiaomi menyertakan beberapa ayat pemasaran dengan pengenalan produk Mi Pen ini, dan turut mengatakan ia selesa untuk dipegang ketika menulis.

Xiaomi Mi Pen

Dengan pelbagai produk dibawah jenama Xiaomi, mungkin penawaran pen ini lebih kepada para peminat mereka yang sedia menggunakan beberapa produk keluaran Xiaomi dan ingin turut mendapatkan pelbagai penawaran aksesori dan barangan lain dibawah jenama sama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Mi Pen – Sebuah Pena Biasa Tanpa Ciri Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info