Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mufti Pulau Pinang Menyarankan Pokemon GO Difatwakan Haram

Permainan ini belum lagi boleh dimainkan oleh pengguna di Malaysia namun ia masih menjadi perbualan yang hangat minggu lalu. Ketua Polis Negara menegaskan pihak PDRM tidak mempunyai perancangan mengharamkan anggotanya dari memainkan aplikasipopular ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengesahkan permainan ini tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk aplikasi ini memasuki pasaran Malaysia.

Pokemon Go

Pendapat Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula berbeza. Beliau menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan aplikasi ini. Menurut beliau permainan ini mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada pemainnya. Oleh itu fatwa haram adalah wajah diberikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia. Setakat ini sudah berlaku insiden rompakan, kemalangan jalan raya dan kematian dilaporkan akibat aplikasi ini. Apakah pendapat pembaca? Adakah wajar Pokemon GO diharamkan atas sebab lebih banyak mendatangkan mudarat?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mufti Pulau Pinang Menyarankan Pokemon GO Difatwakan Haram"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info