Google sebelum ini telah sedia menawarkan Chrome Beta untuk desktop dan juga untuk Android. Terkini, Google turut memperluaskan ujian beta untuk pelayar web mereka, dengan memperkenalkan Chrome Beta untuk iOS, sekaligus membolehkan pengguna iPhone dan iPad menguji fungsi baru pada versi beta sebelum ia hadir pada versi stabil.
Google menawarkan Chrome Beta untuk iOS ini melalui platform Apple TestFlight – yang mana terhad kepada hanya 2000 penguji sahaja buat sesuatu masa.
Melalui versi beta ini, ia membolehkan Google untuk menguji fungsi-fungsi baru yang akan hadir pada versi akhir sekaligus menerima pelbagai maklumbalas daripada pengguna sebelum ia dilancarkan secara rasminya.
Melalui Chrome Beta untuk iOS, Google dilihat kini sedang menguji fungsi 3D Touch untuk akses pantas kepada carian, atau membuka tab baru atau menggunakannya dalam mod Incognito. Dengan fasa pembangunan yang sering mengambil sekitar 6 minggu, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan secara rasmi oleh Google untuk iOS tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Kini Menawarkan Chrome Beta Untuk iOS"