Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OS X Diserang Oleh Ransomware Melalui Perisian Transmisson

Sekiranya anda menggunakan sistem operasi OS X, dan turut memasang klien Bittorrent yang dinamakan sebagai Transmission, mungkin anda perlu berhati-hati dan menyemak sistem komputer anda. Kini, ia dilaporkan sejumlah pengguna diserang dengan malware “KeRanger” melalui perisian tersebut.

Malware yang berbentuk ransomeware ini akan menyulitkan data pada cakera keras komputer pengguna selepas tiga hari ia dipasang, dan seterusnya meminta pengguna untuk membayar sebelum dapat mengakses data berkenaan.

Ia dikatakan ini mungkin kali pertama sistem OS X diserang dengan malware berbentuk ransomeware ini.

Pembangun perisian berkenaan, Transmission Project telah pun mengeluarkan versi bau perisian mereka yang bebas daripada malware berkenaan. Sekiranya anda terpasang Transmission, ada baiknya anda mengembalikan pemasangan sistem anda kepada masa sebelum versi Transmission 2.92 dipasang. Dan mungkin dengan perkembangan sekuriti yang lebih menyasarkan serangan terhadap sistem OS X, anda mungkin sudah boleh mula memasang antivirus pada komputer anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OS X Diserang Oleh Ransomware Melalui Perisian Transmisson"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info