Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LEAGOO Alfa 2 Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Panel Sentuhan Khas Di Belakang

LEAGOO merupakan salah satu jenama telefon pintar yang telah menawarkan beberapa siri peranti mereka di Malaysia. Terkini, LEAGOO turut telah mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka, LEAGOO Alfa 2 di pasaran Malaysia.

Leagoo Alfa 2

Alfa 2 merupakan kemaskini kepada keluarga Alfa dan Lead sebelum ini, hadir dengan rekaan yang sedikit nipis, dan sebuah panel belakang untuk tujuan kawalan pantas. LEAGOO menamakan panel ini sebagai Ion Smart Touch.

Menggunakan panel berkenaan, pengguna boleh membuat beberapa akses pantas, termasuk dwi-tap untuk aktifkan skrin, membuat akses pantas untuk sesuatu aplikasi, merakamkan gambar, mahupun swipe untuk menatal halaman.

Leagoo Alfa 2

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi HD, cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini juga turut menawarkan sokongan pencahayaan untuk rakaman gambar kamera hadapan.

LEAGOO Alfa 2 ini ditawarkan pada harga RM449 dan hadir dalam empat pilihan warna, iaitu hitam, putih, emas dan merah jambu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LEAGOO Alfa 2 Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Panel Sentuhan Khas Di Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info