Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Menawarkan 2000 Unit Galaxy S7 Edge Lagi Esok – Pada Diskaun 15%

Samsung pada awal pagi tadi telah memulakan pra-tempahan untuk Galaxy S7 Edge. Sebanyak 1000 unit telah ditawarkan, namun, Samsung menerima pelbagai kritikan ramai disebabkan sistem mereka yang gagal berfungsi dengan lancar, dan ada yang gagal mendapatkan peranti berkenaan pada harga diskaun sebanyak 20%.

Terkini, lanjutan daripada itu, Samsung Malaysia mengumumkan mereka akan menawarkan 2000 unit lagi esok untuk dipra-tempah oleh mereka yang inginkannya, dan kali ini, diskaun sebanyak 15% ditawarkan. Disamping itu, kad mikro-SD sebesar 64GB ditawarkan secara percuma dengan pembelian melalui pra-tempahan ini.

Galaxy S7 Edge membawakan harga jualan sebanyak RM3099 untuk pasaran tempatan, dan dengan diskaun sebanyak 15%, ia berharga sekitar RM2635. Harganya boleh dikatakan masih murah jikalau dibandingkan dengan harga jualan pelbagai peranti lain di pasaran hari ini – apatah lagi dengan ciri-ciri seperti kalis air, dan kamera yang baik pada peranti Samsung.

Samsung akan memulakan pra-tempahan fasa kedua dengan diskaun 15% ini esok, 8 Mac 2016 pada pukul 10 pagi. Sama-sama kita berharap agar sistem Samsung dapat menampung pra-tempahan untuk fasa kedua ini, dan tidak lagi berlaku masalah seperti awal pagi tadi.

7 Pembaharuan Pada Peranti Samsung Galaxy S7

Samsung Galaxy S7. Boleh beli atau boleh tunggu? Apakah fungsi menarik yang diperkenalkan pada lelaran terkini siri Galaxy S ini? Video ini ada jawapannya!

Posted by Amanz Network on Friday, February 26, 2016



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Menawarkan 2000 Unit Galaxy S7 Edge Lagi Esok – Pada Diskaun 15%"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info