Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pencipta E-mel Ray Tomlinson Meninggal Dunia

Menerima dan menjawab emel ialah antara perkara pertama yang pasti anda lakukan setiap pagi Isnin. Kesemua mesej yang diterima akan menjadi agenda anda sepanjang hari ini. E-mel mempercepatkan proses berhubung dengan individu yang dahulunya memakan masa beberapa hari. Semua ini mampu dilakukan kerana usaha yang dilakukan oleh Raymond Tomlinson. Beliau meninggal dunia semalam akibat serangan jantung pada usia 74. Nama beliau mungkin tidak ternama seperti Gates, Zuckerberg, Jobs dan Tim Bernes-Lee tetapi impak ciptaan beliau pada tahun 1971 mengubah cara dunia bekerja.

Raymond-Tomlinson-1Beliau juga pencipta piawai bagaimana alamat emel harus ditulis. Nama pengguna menghimpit @ diikuti oleh nama domain “surat” akan dihantar. Alamat e-mel yang tujuan asalnya adalah untuk memudahkan penghantaran mesej kini telah mengalami evolusi. Ia turut digunakan sebagai nama log masuk laman media sosial, aplikasi permainan dan perbankan.

Beliau diletakkan di tangga ke-empat di dalam senarai alumni paling penting di dalam sejarah 150 tahun Massachusetts Institute of Technology. Beliau hanya dikalahkan oleh Tim Berners-Lee (pencipta internet), Eric Lander (Human Genome Project) dan William Shockley (pencipta radio transistor). Sebagai menghargai usaha belaiu, Raymond Tomlinson telah dimasukkan ke dalam Internet Hall of Fame pada tahun 2012. Jadi pagi ini jika anda menerima berita gembira menerusi e-mel jangan lupa kepada penciptanya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir semalam. Terima kasih Raymnond Tomlinson.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pencipta E-mel Ray Tomlinson Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info