Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 1000 Samsung Galaxy S7 Edge Ditempah Dalam Masa Kurang 4 Jam

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memulakan pra-tempahan untuk Galaxy S7 Edge di Malaysia, dan menariknya, ia dilihat 1000 peranti pertama telah di pra-tempah dalam masa kurang 4 jam daripada pembukaan pra-tempahan berkenaan tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Samsung Galaxy S7 Edge

Samsung menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk 1000 pra-tempahan pertama, sekaligus menjadikan harga peranti berkenaan yang dijual pada harga pasaran RM3099 boleh didapati pada harga hanya RM2479. Ini mungkin menarik minat ramai pengguna untuk mendapatkannya, apatah lagi dengan ciri-ciri yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S7 Edge.

Galaxy S7 Edge menawarkan pelbagai spesifikasi terkini di pasaran, termasuk menawarkan sokongan kalis air, ruangan untuk mikro-SD, dan hadir dengan kamera yang boleh memfokuskan dan beroperasi dengan pantas.

Samsung akan mulakan jualan Galaxy S7 Edge secara rasmi di Malaysia bermula 18 Mac 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 1000 Samsung Galaxy S7 Edge Ditempah Dalam Masa Kurang 4 Jam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info