Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P9 Dijangka Dilancarkan Pada 6 April

Huawei telah memperlihatkan peningkatan angka jualan pada tahun lepas, dan pada masa yang sama hadir dengan binaan peranti yang berkualiti tinggi. Pada tahun lepas, mereka telah hadir dengan Huawei P8 yang mencuri perhatian ramai, dan untuk tahun ini mereka bakal mengemaskininya dengan memperkenalkan generasi seterusnya peranti berkenaan.

Beberapa desas-desus sebelum ini telah hadir ke arena web, mengatakan ia mungkin hadir dengan dwi-kamera – dan pada masa yang sama dijangka menjadi peranti terawal yang menggunakan teknologi kamera daripada Leica.

Mengikut info terbaru yang hadir ke arena internet, Huawei dijangka memperkenalkan telefon pintar Huawei P9 ini pada 6 April kelak (7 April waktu tempatan).

Dengan tempoh lebih kurang sebulan sahaja, mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat berkaitannya hadir – dan sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P9 Dijangka Dilancarkan Pada 6 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info