Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iOS 12 Dijangka Menawarkan Kawalan Untuk Ketagihan Menggunakan Peranti

Apple bakal mengadakan acara WWDC secara rasminya pada minggu hadapan, dimana mereka bakal menyentuh sejumlah perkara mengenai penawaran perisian mereka – termasuk iOS dan juga macOS. Ini sekaligus akan memudahkan kita untuk mengetahui apakah ciri-ciri baru yang bakal hadir ke sistem operasi Apple berkaitan.

Kini, laporan awal hadir daripada Bloomberg mengatakan Apple melalui iOS 12 kelak akan memfokuskan kepada sebuah inisiatif baru dinamakan “Digital Health“.

Melaluinya, Apple dijangka menawarkan sejumlah aplikasi dan kawalan untuk memudahkan anda mengetahui masa yang dihabiskan menggunakan peranti, serta sesuatu aplikasi. Data berkaitan dijangka dipaparkan melalui halaman tetapan, sekaligus akan membolehkan anda mengurangkan kadar ketagihan menggunakan peranti mudah-alih yang semakin menjadi kerisauan ramai akhir-akhir ini.

Pada hari ini sendiri, iOS sedia menawarkan ciri untuk melihat kadar penggunaan aplikasi – tetapi ia tidak disusun disuatu lokasi yang memudahkan pengguna melihat pelbagai data dengan mudah.

Selain Apple, sebelum ini pada bulan lepas, Google telah mengumumkan ciri yang lebih kurang sama pada Android P dibawah inisiatif dinamakan “Digital Wellbeing”, dimana ia menawarkan sebuah Dashboard yang memaparkan data penggunaan peranti, aplikasi, termasuk data-data berkaitan yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iOS 12 Dijangka Menawarkan Kawalan Untuk Ketagihan Menggunakan Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info