Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengasas Telegram Mengatakan Apple Menghalang Telegram Daripada Mengemaskini Aplikasi Mereka

Bagi pengguna peranti iOS, mungkin anda perasan yang mana sudah sekian lama aplikasi Telegram tidak dikemaksini ke platform anda. Kini, menurut pengasas Telegram, Pavel Durov, Apple telah menghalang kemaskini Telegram untuk iOS sejak sekitar 1.5 bulan lepas.

Beliau mengatakan Apple menghalang kemaskini untuk Telegram sejak daripada Russia memohon untuk membuang aplikasi permesejan berkenaan daripada App Store.

Russia dilaporkan meminta untuk menghalang aplikasi berkenaan selepas perkhidmatan permesejan berkenaan berkongsi kekunci nyah-penyulitan bersama pihak berkuasa Russia – sekaligus memberikan akses kepada pihak berkuasa untuk melihat perbualan dan sebagainya. Pihak Telegram tidak memberikan perkara berkenaan kerana mengutamakan privasi pengguna.

Namun, disebabkan perkara berkenaan, kini ia dikatakan Apple tidak membenarkan kemaskini aplikasi versi baru untuk perkhidmatan permesejan berkenaan.

Hal ini kini membawa sedikit masalah, dimana Telegram yang terdapat pada App Store adalah versi sedikit lama, dan tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk iOS 11.4 yang terbaru. Ia sekaligus membuatkan beberapa ciri-ciri tidak berfungsi lancar pada versi terbaru berkenaan.

Pihak Telegram mengatakan mereka sedang terus berusaha untuk mengatasi hal ini, dan akan berkongsi pelbagai kemaskini semasa bersama pengguna selepas ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengasas Telegram Mengatakan Apple Menghalang Telegram Daripada Mengemaskini Aplikasi Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info