Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Windows Dwi-Skrin

Dengan pelbagai peranti yang menyerupai satu sama lain, pelbagai pengeluar mencuba untuk hadir dengan peranti yang unik dan berbeza. Beberapa pengeluar sebelum ini telah dikatakan sedang membangunkan peranti yang menyertakan dwi-skrin – sama ada boleh dilipat, digunakan sebagai papan kekunci, dan sebagainya. Kini, Dell dikatakan turut sedang membangunkan peranti lebih kurang sama.

Melalui laporan baru yang hadir ke arena internet hari ini, Dell dikatakan sedang membangunkan sebuah peranti prototaip sejak 2017 yang lepas, dimana ia hadir dengan dwi-skrin, menjalankan Windows dan berasaskan cip ARM.

Buat masa ini, info penuh mengenai peranti ini masih menjadi tanda tanya – sama ada ia merupakan peranti yang boleh dilipat, atau sekadar menggunakan skrin kedua sebagai papan kekunci sahaja.

Ia turut dikatakan sekiranya Dell mengambil perancangan untuk melancarkannya kepada umum, maka peranti berkenaan berkemungkinan hadir dengan cip Snapdragon 850 (yang masih belum dilancarkan).

Seperti biasa, pihak Dell tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Windows Dwi-Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info