Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 8 Dan 8 Plus Berwarna Merah Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM 3649

Seperti dijanjikan, iPhone 8 dan 8 Plus edisi (Product) RED mula dijual di laman Apple Malaysia hari ini. Bagi yang berminat peranti ini dijual pada harga bermula dari RM 3649 untuk storan 64GB dan RM4399 untuk storan 256GB,

Bagi mereka yang menggemari peranti bersaiz lebih besar, iPhone 8 Plus  (Product) RED pula ditawarkan pada harga RM 4149 untuk storan 64GB dan RM 4899 untuk storan 256GB. Harga jualan kesemua model (Product) RED adalah sama seperti harga jualan model dengan pilihan warna yang lain. Kesemua model juga mempunyai rekaan tubuh berwarna merah dengan panel hadapan berwarna hitam. Tahun lalu panel depan dengan rekaan warna putih ditawarkan.

Seperti ramai sedia maklum, di bawah penawaran edisi (Product) RED ini, sebahagian daripada dana pembelian akan disumbangkan kepada Global Fund HIV/AIDS dalam pelbagai program mengatasinya. Apple mengatakan sejak menawarkan produk di bawah (RED) ini sejak 2006 yang lepas, mereka telah menyumbang lebih $160 juta kepada yayasan berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 8 Dan 8 Plus Berwarna Merah Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM 3649"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info