BioWare, syarikat pembangun permainan video yang popular dengan tajuk-tajuk seperti Mass Effect, Dragon Age dan Star Wars: Knights of The Old Republic kini hadir dengan sebuah IP baru yang dinamakan Anthem.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai permainan video ini, sekurang-kurangnya dari segi jalan cerita, tetapi dari video gameplay yang ditunjukkan oleh pihak Bioware, Anthem nampaknya menggabungkan sistem kelas berdasarkan exo-suit yang dinamakan Javelin.
Menurut gameplay trailer yang ditunjukkan sewaktu pengumuman Microsoft, terdapat pelbagai jenis sut Javelin yang boleh digunakan di dalam Anthem, dan dua yang ditunjukkan bernama Ranger dan Colossus yang mempunyai kemampuan masing-masing.
Anthem dilihat menggabungkan eksplorasi open world dengan musuh-musuh pelbagai saiz, dan juga sistem loot drop apabila musuh-musuh tertentu dikalahkan oleh anda dan rakan-rakan anda. Ia juga hadir dengan perubahan cuaca dinamik, dan juga acara-acara terbuka seperti Shaper Storm, dimana anda boleh memasuki ke dalam sebuah lokasi ataupun dimensi yang lain untuk menewaskan musuh-musuh yang sukar untuk senjata dan peralatan berkuasa untuk exosuit Javelin anda.
Menurut pihak EA, Anthem akan hadir untuk platform permainan video Sony PlayStation 4, Microsoft Xbox One dan juga PC. Tiada tarikh pelancaran yang diumumkan buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BioWare Hadir Dengan Anthem – Permainan Video Seakan Gabungan Destiny Dan Horizon Zero Dawn"