Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fallout 4 VR Dan DOOM VFR Diumumkan : Untuk HTC Vive Dan PlayStation VR

Realiti maya ialah trend yang dikatakan akan meletup tahun lalu. HTC Vive, Oculus Rift dan PlayStation VR adalah tiga peranti realiti maya yang direka khas untuk permainan video. Tetapi umum kita ketahui setakat ini sokongan untuk permainan realiti maya masih agak rendah. Bathesda cuba mengisi kekosongan dengan mengumumkan Fallout 4 VR dan DOOM VFR sebentar tadi.

Di dalam Fallout VR, antaramuka permainan diubah dengan mendadak. Senjata yang dipegang serta Pipboy terapung di udara mengikut pergerakan tangan pengguna. Arahan kepada ahli party juga diberikan menerusi pengawal yang terapung di awangan. Setakat ini Fallout 4 VR hanya diumumkan menyokong HTC Vive dan akan hadir pada bulan Oktober

DOOM VFR  seperti Fallout 4 VR turut diberikan antaramuka baru yang direka khas untuk realiti maya. Huruf F pada VFR adalah untuk “senggama “kerana keganasan Doom akan kelihatan lebih melampau apabila dialami dalam dunia realiti maya. Doom VFR hanya menyokong HTC Vive dan PlayStation VR tetapi tarikh pelancaran masih belum diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fallout 4 VR Dan DOOM VFR Diumumkan : Untuk HTC Vive Dan PlayStation VR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info