Sembang Maniac

Sembang-sembang je

IKEA Mula Menjual Speaker Bluetooth Keluaran Mereka Sendiri

Apabila bercakap mengenai IKEA, benda perkara yang dikaitkan dengan syarikat ini ialah perabot gaya Skandinavia dengan nama yang aneh, bebola daging dan karipap yang enak. Tetapi mereka dilihat semakin giat menghasilkan peralatan elektronik bermula dengan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina.

Mereka kini melancarkan Eneby, speaker Bluetooth dengan rekaan minimalis. Dua model Eneby dihasilkan masing-masing dengan saiz 20×20 cm dan 30X30 cm. Ia boleh diletakkan di atas meja dengan kaki khas, digantung pada dinding, dibawa berjalan dengan pemegang atau disimpan di dalam sistem storan Kallax (atau Expedit).

Model kecil Eneby turut mempunyai sokongan bateri bagi membolehkannya berfungsi tanpa palam elektrik. Selain sambungan Bluetooth, terdapat juga input untuk bicu audio 3,5mm. Harga jualan speaker ini ialah £45 (~RM 247) untuk versi kecil dan £80 (~RM 439) untuk versi besar. Ia masih belum ditawarkan di pasaran Malaysia pada waktu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IKEA Mula Menjual Speaker Bluetooth Keluaran Mereka Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info