Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Melancarkan Kod Sumber Untuk File Manager Dari Windows 3.0

Perisian pengurusan fail adalah penting dalam sesebuah peranti baik telefon pintar ataupun komputer riba. Pada zaman Windows 3.0, perisian pengurusan fail ketika itu adalah antara yang paling mudah untuk digunakan. Ia menggunakan konsep drag & drop.

Semalam, Microsoft melancarkan sumber kod untuk perisian pengurusan fail tersebut di Github di bawah perlesanan MIT OSS. Sumber kod ini akan digabungkan di bawah Windows 10.Bagi mereka yang merindui sistem pengurusan fail dengan rekaan retro ini anda boleh memuat turunnya secara percuma.

Disebabkan kod ini baru sahaja hadir di laman github semalam, sama-sama kita nantikan jika ada pembangun tampil dan menggabungkan kod ini untuk menjadikan satu perisian pengurusan fail yang menarik.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Melancarkan Kod Sumber Untuk File Manager Dari Windows 3.0"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info