Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi AI Speaker Mini Dilancarkan – Speaker Pintar Termurah Di Pasaran

Speaker pintar mempunyai sokongan pembantu digital terbina. Google mempunyai siri Google Home, Amazon dengan keluarga Echo dan Apple mempunyai HomePod. Ketiga-tiganya cuba mendominasi pasaran dengan tawaran harga yang berbeza.

Xiaomi tidak ketinggalan dengan melancarkan speaker pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi AI Speaker Mini. Pembesar suara pintar mereka adalah yang termurah di pasaran setakat ini dengan harga jualan RMB169 (~RM105) sahaja. Xiaomi AI Speaker Mini ini adalah versi mini kepada Xiaomi AI Speaker yang dilancarkan tahun lepas.

Pembantu digital yang terbina adalah Xiao AI. Pembesar suara ini juga boleh mengawal sebanyak 200 aksi dan mempunyai akses kepada 35 juta muzik serta buku digital. Speaker ini juga boleh diselarikan dengan Mi Home iaitu aplikasi mengawal aksesori dan gajet rumah pintar Xiaomi.

Seperti pembesar suara pintar lain, Xiaomi AI Speaker Mini ini sentiasa mendengar dan mampu memberi maklum balas yang interaktif. Namun begitu, ia hanya untuk pasaran China dan mungkin tidak akan ditawarkan ke pasaran global.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi AI Speaker Mini Dilancarkan – Speaker Pintar Termurah Di Pasaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info