Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Presiden Motorola Menarik Diri Dan Digantikan Oleh Sergio Buniac

Semalam, Motorola mengumumkan Presiden mereka Aymar de Lencquesaing menarik diri daripada mengetuai syarikat kerana hal peribadi. Motorola kemudian melantik Sergio Buniac, iaitu veteran 20 tahun Motorola sebagai pengganti.

Menurut Motorola, Sergio Buniac mempunyai pengalaman yang luas dan mempunyai kepakaran dalam rancangan strategik serta pengurusan produk. Oleh itu, Sergio Buniac sangat sesuai sebagai Presiden dan juga Pengerusi Motorola yang baru.

Motorola juga turut memaklumkan, telefon pintar pertama mereka tahun 2018 akan dilancarkan pada April ini. Peranti terbaru mereka mungkin daripada keluarga G iaitu Moto G6, Moto G6 Plus atau Moto G6 Play.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Presiden Motorola Menarik Diri Dan Digantikan Oleh Sergio Buniac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info